Hubungan India-China tegang, Modi beri amaran lawan ancaman asing


Perdana Menteri Narendra Modi memberikan amaran yang India akan menentang ancaman luar kepada negara itu ketika ucapan meraikan Hari Kemerdekaan India. – Gambar AFP, 15 Ogos, 2017.

INDIA boleh mempertahankan dirinya daripada sesiapa yang cuba “bertindak menentang negara kita”, kata Perdana Menteri Narendra Modi dalam ucapan Hari Kemerdekaan India hari ini ketika ketegangan negara itu dengan China berkaitan Dataran Himalaya semakin memuncak.

“Keselamatan adalah keutamaan tertinggi kita,” kata Modi dalam ucapan di depan ribuan rakyat India di Red Fort, New Delhi ketika negara itu meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 70 tahun daripada penjajah British.

“Baik di udara atau di sempadan, siber atau udara- di semua ruang, India mampu dan kita cukup kuat untuk mengalahkan mereka yang cuba menentang negara kita,” kata pemimpin nasionalis Hindu itu.

Kenyataan Modi keluar ketika pertikaian New Delhi dan Beijing mengenai kawasan utama Dataran Himalaya memasuki bulan kedua Rabu lepas, dengan ratusan askar kedua-dua negara dilaporkan sedang berkawal di kawasan itu.

Negara berjiran itu berkongsi sejarah panjang dan pernah berperang pada 1962 susulan hak ke atas negeri milik India, Arunachal Pradesh, dan hubungan dua negara itu masih lagi tegang berkaitan pemilikan negeri itu. – AFP, 15 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen