JUMLAH korban akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal meningkat 91 orang semalam, 38 dilaporkan hilang dan 25 cedera , menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, lapor agensi berita China Xinhua.
Hujan lebat sejak Jumaat di seluruh negeri itu juga menyebabkan 2,847 buah rumah rosak.
Kerajaan terus melipatgandakan usaha menyelamat dan bantuan dengan menggerakkan 26,700 petugas, tujuh helikopter tentera, enam helikopter swasta serta bot.
Selain itu, bantuan kemanusiaan berupa barang keperluan turut diagihkan kepada mangsa terjejas. – Bernama, 15 Ogos, 2017.
Komen