11 Adun Sabah dijangka belot, sertai GBS


Jason Santos

Gabungan Warisan-PH-Upko kini mempunyai 44 Adun masuk enam Adun yang dilantik, manakalan GBS mempunyai 21 Adun termasuk seorang Adun bebas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 November, 2018.

SERAMAI 11 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Sabah akan meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) menjelang keputusan mahkamah berhubung saman ketua menteri.

Mereka dipercayai dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan bekas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Jika benar, kedudukan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH), Warisan dan Upko akan tergugat.

Sumber yang rapat dengan GBS berkata kesemua ahli Parlimen itu akan menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti).

“Dua ahli Parlimen PBRS dan Upko itu mungkin Elron Angin (PBRS-Sook), Bobbey Suan Upko-Nabawan) dan Masiung Banah (Upko-Kuamut).

“Terdapat juga kemungkinan bekas Adun Umno Saddi Abd Rahman (Sukau) mengambil keputusan sama,” kata sumber itu.

Gabungan Warisan-PH-Upko kini mempunyai 44 Adun termasuk enam Adun yang dilantik, manakala GBS mempunyai 21 Adun termasuk seorang Adun bebas.

Gabungan GBS melibatkan PBS, Umno Sabah, Solidariti dan PBRS.

Musa Aman mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Sabah untuk mendapatkan semula gelaran Ketua Menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 November, 2018.

Keputusan keluar parti itu dijangka berlaku esok bergantung kepada keputusan Mahkamah Tinggi Sabah berhubung saman Ketua Menteri oleh Musa Aman.

Menurut Jeffrey Kitingan dari Solidariti, Musa akan mempunyai kelebihan memandangkan Perlembagaan menetapkan hanya seorang sahaja Ketua Menteri yang sah iaitu individu pertama yang dilantik.

Mengulas tentang tindakan keluar parti, Jeffrey mengesahkan satu majlis akan diadakan bagi mengalu-alukan dua Adun Sabah, Elron (PBRS) dan Bobbey Suan (Upko). 

Elron sudah menunjukkan petanda beliau akan meninggalkan PBRS susulan perselisihannya dengan presiden parti Joseph Kurup dan Arthur Kurup yang merupakan timbalan presiden.

Manakalan peletakan jawatan Suan telah diterima oleh Upko semalam.

Ditanya mengenali wakil dari Warisan, Jeffrey tikda menyatakan sebarang nama tetapi menjelaskan bahawa perbincangan telah diadakan dengan pemimpin mereka.

“Sebarang perkara boleh berlaku.” – 6 November, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen