Aktivis Pussy Riot pertahan hak kebebasan Hong Kong


Kuracheva dan ahli lain Pussy Riot Veronika Nikulshina berkata ancaman terhadap pameran dan acara seni politik adalah "amalan biasa" di Rusia. – Gambar AFP, 4 November, 2018.

ANGGOTA kumpulan punk Rusia Pussy Riot hari ini menyertai kempen pro-demokrasi Hong Kong untuk mempertahankan kebebasan bersuara berikutan Beijing mengetatkan cengkamannya di bandar separa autonomi itu.

Dua anggota kumpulan Rusia itu bersama aktivis demokrasi Hong Kong terkemuka Joshua Wong bercakap dalam sesi perbincangan panel yang ditangguhkan setelah sebelum ini dijadualkan menjadi acara iringan pertunjukan seni yang sangat dinantikan oleh kartunis politik Badiucao.

Pertunjukan itu dibatalkan pada hari Jumaat dengan penganjur dipetik menyatakan kebimbangan ekoran “ancaman yang dibuat pihak berkuasa China berhubung artis itu”.

“Kami kesal apabila mengetahui keadaan semakin teruk di sini, saya rasa sangat penting untuk berada di sini bagi menyatakan solidariti kami,” kata ahli Pussy Riot, Olga Kuracheva semasa perbincangan panel mengenai kebebasan seni dan ekspresi, yang diadakan di sebuah studio di Hong Kong.

Kuracheva dan ahli lain Pussy Riot Veronika Nikulshina berkata ancaman terhadap pameran dan acara seni politik adalah “amalan biasa” di Rusia.

Kuracheva turut menggalakkan masyarakat melawan  penindasan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak takut, kerana satu suara begitu kuat, tetapi apabila banyak suara bergabung ia pasti kuat kedengaran,” katanya kepada penonton.
 – AFP, 4 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen