DENGAN enam pencalonan, penyanyi Amerika Syarikat, Camila Cabello, yang terkenal dengan lagu hit “Havana” yang berjaya berada di tangga teratas carta AS pada Januari, kini berada dalam kedudukan utama bagi Anugerah MTV Europe Music yang diadakan hari ini di Sepanyol.
Pencalonan lagu terbaik, video terbaik, artis terbaik ... diungguli penyanyi kelahiran Cuba berusia 21 tahun itu, beliau kini menggapai kejayaan yang membanggakan, dan merupakan artis baru yang berjaya memenangi hadiah berprestij di MTV Video Music Awards pada bulan Ogos tahun ini bagi kategori artis bagi tahun ini dan video sepanjang tahun.
Albumnya “Camila” juga mencapai puncak carta AS pada bulan Januari, dan lagu “Havana”, yang menampilkan penyanyi rap Young Thug, mempunyai lebih daripada 1.3 bilion hits di YouTube.
Tahun lalu, bekas anggota band Fifth Harmony itu juga dinamakan sebagai artis pop terbaik di MTV Europe Music Awards (EMA).
Berada di kedudukan seterusnya di anugerah yang diadakan di bandar Bilbao, utara Sepanyol itu menyaksikan penyanyi Ariana Grande dan penyanyi rap Post Malone dengan lima pencalonan, diikuti artis Kanada Drake dan Dua Lipa dari Britain dengan empat pencalonan.
Penyanyi Kanada Shawn Mendes, pemenang tiga hadiah pada tahun 2017, telah dicalonkan untuk tiga anugerah tahun ini. – AFP, 4 November, 2018.
Komen