EU desak pendekatan secara aman tangani krisis Korea Utara


Ketua Polisi Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Kesatuan Eropah, Federica Mogherini menggesa dan menyokong usaha diplomatik bagi mengurangkan ketegangan di Semenanjung Korea. – Gambar EPA, 15 Ogos, 2017.

KETUA polisi hal ehwal luar dan keselamatan, Kesatuan Eropah (EU) hari ini menggesa “keamanan, bukan tindakan ketenteraan” bagi menyelesaikan krisis semenanjung Korea, mendesak Pyongyang menghindari “tindakan provokasi selanjutnya” yang dapat menimbulkan ketegangan.

Federica Mogherini dalam satu kenyataan berkata, EU menyokong usaha diplomatik  bagi mengurangkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat panel utama EU yang bersetuju blok itu akan disampaikannya kepada Korea Utara dan Selatan, Amerika Syarikat, China, Rusia dan Jepun.

“Terdapat keperluan mendesak bagi mengatasi ketegangan terhadap keadaan di Semenanjung Korea,” kata Mogherini.

“(...) Oleh itu, kami menyeru Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) mengawal daripada sebarang tindakan provokasi yang hanya dapat meningkatkan ketegangan serantau dan global.”

“Perkembangan berterusan"program peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara membangkitkan kebimbangan terhadap pelanggaran obligasi antarabangsanya, kata Mogherini memberi amaran.

Ketegangan semakin meningkat sejak dua ujian peluru berpandu balistik milik Korea Utara bulan lepas.

Pihak tenteranya berkata minggu lalu yang ia akan memuktamadkan rancangan menguji empat peluru berpandu balistik jarak jauh di sekitar pulau Guam pada pertengahan Ogos.

Pada Selasa, media rasmi Pyongyang berkata pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, “meneliti rancangan itu sejak sekian lama” dan “membincangkannya” dengan pegawai pemerintah. – AFP, 15 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen