Banjir Sicily ragut 10 nyawa


Itali, terutamanya di utara dan di sekitar Venice, dilanda ribut kuat yang meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa dan menyebabkan kerosakan besar-besaran. – Gambar AFP, 4 November, 2018.

SEPULUH orang, meninggal dunia akibat banjir yang melanda Palermo di pulau Sicily di selatan Itali, kata penyelamat pada hari Ahad.

Ribut yang melanda wilayah itu masih berterusan dan angka kematian akibatnya belum dapat dipastikan secara tepat.

Mereka berkata mayat sebuah keluarga, termasuk kanak-kanak berusia satu, tiga dan lima belas tahun, ditemui di rumah mereka di Casteldaccia yang terletak bersebelahan dengan sebuah sungai kecil yang memukul tebingnya sehingga runtuh.Tiga anggota keluarga tersebut bagaimanapun dapat menyelamatkan diri, menurut agensi berita Agi.

Seorang lelaki ditemui mati secara berasingan di dalam kereta manakala dua orang lagi hilang.

Awal minggu ini banjir memaksa banyak jalan raya ditutup di Sicily, ekoran itu datuk bandar memerintahkan sekolah, taman awam ditutup.

Itali, terutamanya di utara dan di sekitar Venice, dilanda ribut kuat yang meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa dan menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Pokok-pokok yang meliputi gunung-gunung Dolomites tumbang dilanda angin yang kemudian menghala ke wilayah Veneto pada hari Khamis. – AFP, 4 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen