Rakyat Iran mula rasa tekanan terhadap sekatan AS


Sekatan semula terhadap minyak yang bermula esok telahpun menjejaskan Iran dan menyaksikan ekonominya meyusut pada 3.6% pada tahun depan, kata Tabung Kewangan Antarabangsa. – Gambar EPA, 4 November, 2018.

HEIDAR Fekri, 70, sejak sebelum revolusi lagi sudah menjual peralatan industri di kedai kecilnya di bazar Tehran, tetapi kini buat pertama kalinya dia tak pasti jika dapat bertahan.

“Rak saya kosong, gudang saya pun kosong dan tidak lama lagi saya terpaksa tutup kedai. Saya atidak akan dapat bertahan lama selepas kedai tutup,” katanya.

Ekonomi Iran mengalami banyak masalah malah lama sebelum Preisiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Mei memutuskan untuk menolak perjanjian nuklear dan mengenakan semula sekatan yang “melumpuhkan”.

Tindakan itu menyebabkan matawang Iran jatuh sebanyak 70% pada tahun lepas hingga banyak pelabur asing meninggalkan negara itu.

Sekatan semula terhadap minyak yang bermula esok telahpun menjejaskan Iran dan menyaksikan ekonominya meyusut pada 3.6% pada tahun depan, kata Tabung Kewangan Antarabangsa.

Bagi Fekri yang membawa masuk industri pam dan gerudi dari Eropah sejak 47 tahun lalu, ketidakpastian itu membawa maksud yang dia sudah tidak mengimport apa-apa sejak lebih setahun lalu.

“Jualan menjunam 90% berbanding enam bulan lepas. Seluruh bazar terjejas,” katanya.

Hampir kesemua produk Iran - daripada ubat-ubatan hingga ke alat ganti pesawat dan botol plastik - terikat pada rantaian bekalan global. Ini menyebakan matawang jatuh dan sekatan baharu itu mengancam setiap sudut masyrakat.

Kerajaan terpaksa menyediakan bekalan makanan kepada separuh isi rumah di Iran kerana kenaikan inflasi. – AFP, 4 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen