SPRM reman ahli PKR, siasat ahli Parlimen berhubung pengundi hantu


Ahli PKR di Cabang Julau dilaporkan naik mendadak daripada 603 ahli pada 26 Jun kepada 13,000 sehari kemudian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2018.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang ahli Parlimen PKR ditahan selama sehari bagi membantu siasatan berhubung peningkatan jumlah pengundi secara mendadak di Cabang Julau di Sarawak, kata laporan.

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng mengesahkan beliau menerima dihubungi SPRM menerusi telefon berhubung perkara itu. Sepasukan pegawai SPRM juga membuat serbuan di pejabatnya di Julau.

Terdahulu, pasukan SPRM melawat ibu pejabat PKR sebagai sebahagian daripada siasatan berkaitan bilangan ahli parti yang naik mendadak.

Ahli PKR di Cabang Julau dilaporkan naik mendadak daripada 603 ahli pada 26 Jun kepada 13,000 sehari kemudian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Azam Baki berkata operasi telah dijalankan pada 25 Oktober berhubung tuduhan pembelian undi di beberapa negeri semasa pemilihan PKR.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, seorang ketua cabang PKR ditahan dan direman selama sehari.

lelaki itu ditahan pada jam 9 malam semalam di Kuala Lumpur, lapor Free Malaysia Today.

“Dia ketua bahagian dan ahli Jawatankuasa Pusat PKR Kuala Lumpur. Dia disiasat berkaitan aduan PKR Cabang Julau,” sumber dipetik berkata.

Pada 25 Oktober, Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit membuat laporan kepada SPRM, mendesak satu siasatan terhadap pendaftaran ahli PKR di Cabang Julau yang meragukan.

Setiausaha PKR Sarawak, Nicholas Bawin ketika itu berkata laporan itu terpaksa dibuat kerana tiada pilihan selepas aduan mereka tidak diendahkan parti.

Ahli PKR di Sarawak akan menjadi yang terakhir mengundi pada pemilihan 10 November ini. – 3 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen