SEEKOR harimau yang dilaporkan menyerang dan memakan beberapa orang mangsa sepanjang dua tahun telah ditembak mati di India.
Ia bagaimanapun mencetuskan kontroversi mengenai pengesahan undang-undang terhadap pembunuhan binatang tersebut.
Salah satu pemburuan harimau paling berprofil tinggi di India sejak sedekad berakhir Jumaat malam apabila seekor ibu kepada dua anak harimau berusia 10 bulan, yang dikenali sebagai T1 di kalangan pemburu dan Avni di kalangan pencinta hidupan liar, ditembak mati di Taman Negara Maharashtra.
Satu pasukan yang dianggotai 150 orang menghabiskan masa berbulan-bulan mencari T1, menggunakan paraglider dan berpuluh-puluh kamera inframerah di samping turut disertai penembak tepat yang menunggang gajah.
Walau bagaimanapun, pertikaian meletus selepas pembunuhan dilapor media mengatakan harimau tersebut ditembak di hutan Yavatmal tanpa menggunakan ubat pelali.
Mahkamah Agung India mengeluarkan perintah memburu T1 - yang dipersalahkan di atas 13 kematian sejak Jun 2016 - pada bulan September, memutuskan bahawa ia boleh dibunuh jika tembakan pelali gagal. Beberapa rayuan sebelum ini dibuat terhadap hukuman mati tersebut.
Harimau itu terbunuh pada waktu malam, ketika penenang dilaporkan tidak dibenar untuk digunakan, menurut Times of India dan beberapa media lain. – AFP, 3 November, 2018.
Komen