Abang Johari tanya mana 30% peruntukan yang disebut-sebut


Desmond Davidson

KIRA-kira seminggu sebelum Belanjawan 2019 dibentangkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Chong Chieng Jen dengan bangganya berkata akan berjuang mendapatkan 30% daripada peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak.

Hari ini Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg bertanya apa sudah jadi dengan cakap besar Chong itu.

Pada sidang akhbar di Kuching yang diadakan pada 28 Oktober, Chong yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, juga telah berkata 30% itu adalah sebahagian daripada janji dalam manifesto pilihan raya PH.

Dalan Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan ENg semalam, Sarawak diberi peruntukan sebanyak RM4 bilion daripada RM341.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan - hanya 1.2%.

Manakala Sabah menerima RM5 bilion.

Pada sidang akhbar itu juga, CHong mendakwa 30% itu lebih banyak daripada semua belanjawan yang dibentangkan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sepanjang 55 tahun dulu.

Sambil mengucapkan “terima kasih”, Abang Johari berkata secara keseluruhannya beliau kecewa dengan peruntukan RM4 bilion itu.

Selepas menghadiri acara bersempena Hari Wanita di Demak, Kuching, Abang Joahri memberitahu pemberita yang beliau tidak tahu perincian ke manakah RM4 bilion itu akan disalurkan.

“Kita diberi RM4 bilion tetapi tiada butiran ke mana peruntukan akan pergi. Semuanya secara umum.”

Bagaimanapun, ketua menteri itu mengagak RM4 bilion itu adalah untuk projek Lebuhraya Pan-Borneo.

“Tak ada sebut tentang sekolah (usang), tak sebut mengenai projek luar bandar.

“Saya menjangkakan untuk (baiki) sekolah (usang) tapi tak disebut.

“Air luar bandar(projek pembekalan) atau elektrik.

“Tak terperinci, jadi kita (kerajaan megeri) tak tahu (peruntukan untuk apa ),” kata beliau.

Apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan belanjawan kali ini, beliau menjawab:“Ya, sudah tentu.”

“Sebab seseorang dah cakap Sarawak akan dapat 30%.” – 3 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen