BINTANG sukan larian, Usain Bolt berkeras untuk menjadi pemain bola sepak profesional walaupun percubaannya dengan kelab Australia berakhir dengan kegagalan.
Beliau bagaimanapun berkata “Saya masih ada harapan” pada hari Sabtu.
Juara Olimpik sebanyak lapan kali itu mengakhiri percubaannya bersama Liga Australia pada hari Jumaat selepas rundingan kontraknya gagal.
Kelab itu dilaporkan menawarkan kepadanya hanya sebahagian AUD3 juta (ASD2.1 juta) yang diminta pengurus Bolt, dan penaja luar diperlukan namun tidak berjaya diperolehi.
“Sungguh menyedihkan ia tidak berjaya,” kata pemegang rekod dunia 100m dan 200m dari Jamaica itu, beliau memaklumkan kepada akhbar Melbourne Herald Sun di acara perlumbaan kuda Derby Day di Melbourne, di mana beliau tiba memakai sut, cermin mata hitam dan tongkat emas.
“Tetapi kami berpisah cara baik, dan itu satu perkara yang baik.
“Saya mempunyai pengalaman yang hebat dengan mereka. Mereka orang hebat - kami tidak dapat menyelesaikan masalah dengan kontrak, tapi saya berharap ada peluang lain dengan pasukan lain.”
Bolt, yang bersara dari sukan tahun lalu, telah lama menanam impian untuk menjadi pemain bola sepak dan beliau berlatih dengan Mariners sejak Ogos lagu, keputusan beliau itu mencetuskan minat global apabila dia menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan pra-musim. – AFP, 3 November, 2018.
Komen