Penyelam mati ketika misi mencari pesawat Lion Air Indonesia


Kelihatan penyelam Tentera Laut Indonesia bersiap untuk meneruskan misi pencarian. – Gambar EPA, 3 November, 2018

SEORANG penyelam Indonesia meninggal dunia ketika misi mencari bahagian badan pesawat Lion Air yang terhempas mengakibatkan 189 jiwa terkorban, kata pihak berkuasa semalam.

Syachrul Anto, 48, yang meninggal pada hari Jumaat, adalah sebahagian daripada pasukan mencari bahagian badan dan baki tinggalan dari pesawat itu di Laut Jawa.

“Beliau adalah sukarelawan Agensi Pencarian dan Penyelamat,” kata Isswarto, komander pasukan pencarian dan penyelamat Tentera Laut Indonesia, kepada AFP.

Beliau dipercayai mati akibat penyahmampatan, katanya.

Anto sebelum ini berkhidmat di Palu yang mengalami gempa bumi dan tsunami pada bulan September dan turut mengambil bahagian dalam proses pemindahan pesawat kecemasan Air Asia hampir empat tahun lalu.

Pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lalu sedang dalam perjalanan dari Jakarta ke kota Pangkal Pinang di pulau Sumatra. – AFP, 3 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen