PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan mendakwa arahan untuk membunuh Jamal Khashoggi datang dari “peringkat tertinggi” kerajaan Arab Saudi.
Sebulan sebelum pembunuhan Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul, Erdogan berkata beliau “tidak sedikit pun percaya” Raja Salman dipersalahkan.
Tetapi dia dengan jelas gagal membebaskan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dari tanggungjawab untuk melepaskan “skuad kematian” terhadap wartawan Arab yang lantang mengkritiknya dan kematiannya telah mencemari nama pemerintah itu yang teruk.
Dan dalam ruangan editorial bagi bekas majikan Khashoggi, The Washington Post, Erdogan menuduh pihak berkuasa Riyadh enggan menjawab soalan utama mengenai pembunuhan itu wwalaupun mereka menahan 18 suspek beberapa minggu lalu.
Kenyataan Erdogan itu dibuat selepas seorang pegawai kanannya mendakwa mayat Khashoggi dilupuskan di konsulat berkenaan sebagai usaha untuk menghapuskan jejak pembunuhan itu.
“Kami tahu pelakunya adalah salah seorang daripada 18 suspek yang ditahan di Arab Saudi. Kami juga tahu individu terbabit menjalankan arahan yang diberikan kepada mereka: Bunuh Khashoggi dan lari. Akhirnya kami tahu arahan pembunuhan Khashoggi adalah dari peringkat tertinggi kerajaan Arab Saudi.”
Namun katanya, kerajaannya tetap bertanya soalan lain “yang enggan dijawab oleh kerajaan Arab Saudi”, seperti di mana mayat Khashoggi dan siapa yang arahkan pembunuhan itu. – AFP, 3 November, 2018
Komen