Ahli paleontologi temui spesis sauropod baru di Argentina


Pasukan ahli paleontologi menemui fosil milik dinosaur dewasa panjang kira-kira 12 meter bersama dua anaknya berukuran enam hingga tujuh meter. – Gambar EPA, 3 November, 2018

PASUKAN ahli paleontologi Sepanyol dan Argentina menemui fosil dinosaur yang pernah hidup 10 juta tahun dahulu di tengah negara berkenaan, dedah National University of La Matanza pada Jumaat. 

Penemuan itu adalah daripada tiga dinosaur bersaingan dari kumpulan herbivor sauropod, yang mana antara yang dikenali adalah Diplodocus dan Brontosaurus. 

Spesis baharu itu dinamakan Lavocatisaurus agrioensis.

“Kami mendapati kebanyakan tulang tengkorak: muncung, rahang, banyak gigi, juga tulang yang menentukan soket mata dan, dengan cara itu, kami mampu mencipta rekonstruksi yang hampir lengkap,“kata Jose Luis Carballido, seorang penyelidik di muzium Egidio Feruglio dan dewan penyelidikan saintifik negara.

Bahagian leher, ekor dan belakang turut ditemui.

“Ia bukan hanya penemuan spesies baru di kawasan yang tidak anda harapkan untuk menemui fosil, tetapi tengkorak hampir lengkap,” tambah Carballido

Fosil berkenaan adalah milik dinosaur dewasa panjang kira-kira 12 meter bersama dua anaknya berukuran enam hingga tujuh meter. 

Ahli paleontologi itu berkata dinosaur berkenaan bergerak dalam kumpulan dan akan mati bersama. 

“Penemuan dinosaur dewasa dan dua anak ini juga menandakan rekod pertama pemecahan kumpulan di kalangan dinosaur rebbachisaurus,” kata pengkaji utama Jose Ignacio Canudo dari Universiti Zaragoza. – AFP, 3 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen