Pelacur Amsterdam boleh keluar dari kawasan cahaya merah


Kawasan lampu merah di Amsterdam dikenali sebagai tempat pelacuran terkemuka di dunia kerana ia tertakluk kepada undang-undang negara itu yang membenarkan pekerja seks melaksanakan kegiatan mereka.

AMSTERDAM mengizinkan pelacur beroperasi di luar kawasan lampu merah yang terkenal di bandar ini dalam usaha membersihkan kawasan itu dan memperbaiki keadaan wanita yang bekerja di sana, kata pihak berkuasa pada hari Jumaat.

Pekerja seks dalam kotak kaca di ibu negara Belanda itu mengadu bahawa mereka menjadi sasaran kamera  pelancong, yang menghalang mereka daripada mendapat pelanggan berpotensi.

Sehubungan itu, pihak berkuasa bandar membahaskan rancangan untuk memberikan lesen kepada pekerja seks untuk bekerja di tempat lain di Amsterdam, contohnya dalam sebuah bangunan pelacuran yang direka khas dengan gaya hotel.

Rancangan itu dicadangkan Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema, dan ia secara rasmi disokong tiga parti dalam gabungan pemerintah kota itu - Groenlinks, D66, dan Parti Sosialis.

“Ideanya ialah pekerja seks akan mempunyai lebih banyak pilihan berbanding bekerja dari rumah atau di kawasan pelancongan di mana mereka kurang dikenali,” kata ahli majlis D66, Alexander Hammelburg.

“Kedua, ia akan menyelesaikan masalah kekurangan ruang kerja yang sah untuk pekerja seks,” katanya kepada AFP. – AFP, 2 November, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen