Belanjawan tak sentuh isu penting Sarawak, kata Masing


Desmond Davidson

Saya tak nampak sebarang peruntukan untuk teruskan kajian sempadan tanah adat (NCR) dan langsung tiada peruntukan untuk membaik pulih sekolah usang di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri James Masing. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2018.

MENTERI Kewangan Lim Guan Eng langsung tidak menyentuh isu-isu yang sangat penting bagi Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri James Masing berkenaan Belanjawan 2019.

“Saya tak nampak sebarang peruntukan untuk teruskan kajian sempadan tanah adat (NCR) dan langsung tiada peruntukan untuk membaik pulih sekolah usang di Sarawak,” katanya.

Kajian sempadan itu menjadi kunci untuk meredakan ketegangan antara pemilik tanah adat dengan kerajaan negeri. Pemilik menuduh kerajaan negeri merampas tanah adat yang telah disempadankan.

Menurut Masing, bekas perdana menteri Najib Razak setiap tahun memberi peruntukan sebanyak RM30 juta untuk Sarawak.

Isu membaik pulih sekolah usang di Sarawak menjadi satu lagi isu yang sudah lama menjadi perdebatan. Kerajaan Persekutuan dituduh mengabaikan aspek penyelenggaraan sekolah-sekolah di negeri itu.

Sarawak melaporkan sebanyak 1,020 daripada 1,454 sekolah di negeri itu sudah usang dan 415 dikategorikan sebagai daif.

Walaupun tidak terlalu bimbang mengenai jumlah peruntukan kepada Sarawak bagi kajian NCR atau membaik pulih sekolah atau kekurangan infrastruktur, Masing tetap mempersoalkan rasional jumlah peruntukan yang diberikan.

“Adilkah hanya beri RM4 bilion?” soalnya.

“Apa yang saya mahu tahu, sama ada perbelanjaan pembangunan RM4 bilion itu satu peruntukan yang adil, mengambil kira hasil kerajaan Persekutuan yang besar menerusi minyak dan gas kami.” 

Sarawak katanya, menyumbang sekurang-kurangnya RM250 juta kepada tabung negara setiap hari menerusi 850,000 tong minyak yang diekstrak dari negeri itu setiap hari. Beliau mempersolakan keadilan pemberian peruntukan RM4 bilion tersebut.

“Dan apa yang manifesto PH janjikan (kepada rakyat Sarawak) negeri patut dapat semasa PRU14?

“Adakah RM4 bilion dan RM5 bilion masinng-masin kepada Sarawak dan Sabah itu jumlah yang adil? Saya rasa tidak.Kita patut dapat lebih,” katanya. – 2 November, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen