'Kesabaran' tentera teruji oleh kecaman pelampau Pakistan


Pakistan adalah sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam, ia bagaimanapun dilihat memiliki beberapa kumpulan pelampau agama. – Gambar AFP, 2 November, 2018.

TENTERA Pakistan memperingatkan bahawa kesabaran pihaknya diuji selepas diancam para pelampau Islam yang marah ekoran pembebasan seorang wanita Kristian kerana didakwa menghina agama.

Negara itu kini berada di ambang siri protes besar-besaran di seluruh negara.

Jurucakap Asif Ghafoor berkata toleransi angkatan tentera telah berada di “penghujungnya” selepas pelampau agama menggesa sebuah pemberontakan sebagai tindak balas terhadap  Mahkamah Agung menggugurkan tuduhan fitnah terhadap Asia Bibi - yang mengeluarkan beliau daripada hukuman mati.

Perkhidmatan mudah alih di bandar-bandar utama di seluruh Pakistan dimatikan kerana parti-parti agama bersedia untuk mengadakan demonstrasi sehari lagi bagi memprotes  keputusan Mahkamah Agung.

“Kami bertoleransi terhadap kenyataan yang ditujukan kepada kami, tetapi tindakan boleh diambil mengikut undang-undang dan perlembagaan,” kata Asif lagi.

“Jangan paksa kami ambil tindakan,” katanya.

Menghina agama adalah tuduhan yang boleh mencetuskan ketegangan di Pakistan yang mempunyai penduduk bermajoriti Muslim, di mana tuduhan yang tidak terbukti menghina Islam dan Nabi Muhammad boleh menyebakan kematian yang dilakukan para pelampau. – AFP, 2 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen