PERTUNJUKAN seni seorang kartunis politik China yang sangat dinanti-nantikan di Hong Kong dibatalkan pada hari Jumaat kerana bimbang dengan keselamatan penganjur.
Ia memetik “ancaman yang dilakukan pihak berkuasa China yang mempunyai kaitan dengan seniman itu”.
Badiucao, yang dilahirkan di Shanghai tetapi berpengkalan di Australia tidak dikenali dengan nama dan identiti sebenarnya , beliau berjaya membina reputasi imejnya yang sering membuat karya satira penindasan politik yang dilakukan pihak berkuasa China.
Pameran solo pertamanya dijadualkan dilancarkan di Hong Kong pada hari Sabtu dan dengan menggunakan tema “komedi gelap untuk Hong Kong, China dan dunia”, ia mengambil tema-tema yang mengkritik pihal berkuasa dan memperjuangkan kebebasan bersuara.
“Kami minta maaf terlebih dahulu dan ingin mengumumkan bahawa pameran ‘Gongle’ karya artis China Badiucao dibatalkan ekoran bimbang dengan keselamatan beliau,” kata kenyataan itu di laman web berita Hong Kong Free Press, yang juga merupakan salah satu penyumbang bagi acara itu.
“Keputusan itu berikutan ancaman yang dibuat pihak berkuasa China yang berkaitan dengan artis.
“Walaupun penganjur menghargai kebebasan bersuara, keselamatan rakan kongsi kami masih menjadi perhatian utama,” kata kenyataan itu.
Seorang penganjur memberitahu AFP bahawa ancaman itu mempunyai kaitan secara langsung dengan kerja-kerja yang wujud dalam pameran itu. – AFP, 2 November, 2018.
Komen