TUBUH wartawan Jamal Khashoggi “diuraikan” setelah dibunuh dan dikerat di konsulat Saudi di Istanbul sebulan yang lalu, kata seorang penasihat Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Jumat.
Dakwaan itu dijelaskan pihak berkuasa Turki kepada akbar Washington Post - sebuah akbar yang menerbitkan tulisan Khashoggi - di samping memberitahu pihak berkuasa sedang menyiasat teori bahawa mayat Khashoggi diuraikan dengan asid.
“Sekarang kita melihat bahawa beliau bukan sekadar dipotong, mereka turut menguraikan tubuhnya setelah itu,” kata Yasin Aktay, penasihat Erdogan, kepada akhbar Hurriyet pada hari Jumaat.
“Mengikut maklumat terkini yang kami ada, sebab mereka memotong badan kerana ia adalah (proses) yang lebih mudah untuk menguraikan tubuhnya,” kata Aktay.
Arab Saudi telah menghadapi kecaman antarabangsa ekoran pembunuhan individu-individu yang mengkritik kerajaan.
Ketua pendakwa Turki pada hari Rabu mengesahkan untuk kali pertama bahawa Khashoggi dicekik sebaik sahaja beliau memasuki konsulat pada 2 Oktober dan ia adalah serangan yang dirancang, dan tubuhnya kemudian dimusnahkan.
“Mereka mahu pastikan tiada baik dan tanda tubuh beliau yang ditinggalkan. Ini adalah apa yang difahami dari kenyataan pendakwa,” kata Aktay lagi. – AFP, 2 November, 2018.
Komen