PENGARAH filem Ukraine Oleg Sentsov, yang menolak makanan selama 145 hari di penjara Rusia, berasa lebih baik dan berpendapat beliau berjaya “bertahan” daripada kesan burukk dari protes beliau yang berprofil tinggi itu, katanya dalam sebuah surat kepada penyokong.
Sentsov dipenjarakan di Artik sejak 2015. Beliau memulakan mogok lapar dari Mei hingga Oktober tahun ini, menuntut Moscow melepaskan semua tahanan politik Ukraine.
“Beliau kelihatan menarik-narik dan mengetuk kayu,” kata rakan Sentsov Nikolai Shchur kepada AFP pada hari Jumaat.
“Masih tidak ada kepastian bahawa segala-galanya akan berakhir dengan baik, tetapi harapan masih ada.”
Shchur bercakap selepas beliau menerima surat dari tahanan Rusia yang paling terkenal itu yang mengatakan beliau merasa “lebih” bagus daripada bulan lalu.
“Jangan bimbang terlalu banyak, saya selamat,” kata Sentsov dalam surat itu, yang didedahkan Shchur pada hari Khamis.
“Sudah tentu ujian (kesihatan) saya tidak baik tetapi tidak terlalu teruk seperti sebelumnya,” kata Sentsov.
Pengarah filem dan aktivis politik Ukraine itu berkata, beliau masih perlu menjalani diet dan mengambil ubat tetapi tidak lagi perlu mengambil bantuan nutrien lain.
Shchur berkata Sentsov mempunyai tenaga yang cukup untuk bekerja bagi menyiapkan buku dan skripnya ” yang dirancang untuk disiapkan dalam masa beberapa bulan”.
“Beliau yakin mempunyai cukup tenaga untuk itu,” katanya. – AFP, 2 November, 2018.
Komen