Kerajaan teruskan Bantuan Sara Hidup


Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup yang lebih bersasar kepada golongan B40, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 November, 2018.

KERAJAAN Pakatan Harapan mengekalkan bantuan kewangan kepada golongan B40 melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan beberapa penambahbaikan, umum Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bantuan itu diberikan secara lebih tersasar dan kadar bantuan yang lebih tinggi berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), katanya.

Bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

* Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan di bawah RM2,000: RM,1,000

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,001 dan RM3,000: RM750

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 dan RM4,000: RM500.

Lim juga mengumumkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur tidak lebih 18 tahun, terhad kepada 4 orang.

Bantuan itu bagaimanapun terkecuali bagi anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka, katanya.

“Dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion,” kata Lim semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, petang tadi. – 2 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen