Trump suruh tentera tembak siapa baling batu


Tentera ditempatkan di sempadan Mexico bagi mengawal cubaan pendatang dari Amerika Tengah memasuki Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 2 November, 2018.

PRESIDEN Donald Trump berkata tentera yang ditempatkan di sempadan Mexico dibenarkan menembak pendatang Amerika Tengah yang membaling batu ke arah mereka ketika cuba menyeberang masuk ke negara itu secara haram.

Trump memberitahu wartawan di White House sekumpulan beribu pendatang cuba berjalan kaki dari Amerika Tengah menerusi Mexico membaling batu secara ganas ke arah polis Mexico.

“Kami tidak akan bersabar. Mereka membaling batu ke arah tentera kami, tentera akan membalas.

“Saya beritahu mereka supaya menganggap batu seperti raifal.

“Apabila mereka membaling batu seperti dibuat kepada tentera dan polis Mexico, saya katakan anggap ia seperti raifal,” katanya.

Trump ketika pembentangan dasar kontroversi berkata akan menghapuskan apa yang dikatakannya kemasukan pendatang tanpa izin tidak terkawal.

Beliau bercakap mengenainya setiap hari menjelang pilihan raya pertengahan Kongres Selasa ini, menuduh Demokrat mahu membuka sempadan kepada “orang kasar”, “perogol” dan beberapa ancaman lain.

Fokus terkini dakwaan Trump untuk bertindak terhadap pencerobohan adalah mengurangkan kumpulan ribuan pendatang miskin yang cuba ke utara.

Mereka kini di Mexico, dan masih jauh dari sempadan Amerika Syarikat. – AFP, 2 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen