Banduan di Tennessee pilih hukuman kerusi elektrik


Edmund Zagorski, 63, menjadi banduan AS pertama dalam tempoh lima tahun lalu dihukum mati di kerusi elektrik. – Gambar AFP, 2 November, 2018.

SEORANG lelaki dari Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan bersalah melakukan dua pembunuhan menjalani hukuman mati di kerusi elektrik semalam, selepas bertegas tidak mahu menggunakan suntikan maut.

Edmund Zagorski, 63, menjadi banduan AS pertama dalam tempoh lima tahun lalu dihukum mati di kerusi elektrik.

Zagorski dijatuhi hukuman mati kerana membunuh dua lelaki pada 1983, selepas dia mengumpan mangsa masuk ke kawasan hutan dengan janji menjual ganja kepada mereka.

Kedua-dua mayat mangsa ditemui dua minggu selepas itu, ditembak dan dikelar tekak.

Rayuan Zagorski pada saat akhir ditolak oleh Mahkamah Tinggi AS.

Hanya sembilan negeri di AS masih menggunakan kerusi elektrik sebagai satu bentuk hukuman. Hukuman semalam yang pertama dijalankan di Tennessee sejak 2007.

Jabatan Penjara berkata hukuman dijalankan mengikut undang-undang Tennessee. Zagorski diisytiharkan meninggal dunia pada 7.26 malam waktu tempatan.

Di Tennessee, pesalah yang dijatuhi hukuman mati sebelum 1999 berhak memilih antara dua cara dalam pelaksanaan hukuman iaitu kerusi elektrik atau suntikan maut. – AFP, 2 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen