Ikut jejak Trump, presiden Brazil pindah kedutaan ke Baitulmaqdis


Presiden Brazil yang baharu Jair Bolsonari membuat pengumuman mengenai perkara itu pada Khamis menerusi Twitter.– Gambar EPA, 2 November, 2018

PRESIDEN Brazil yang baharu Jair Bolsonari pada Khamis mengesahkan negara itu akan memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis, menjadikan ia sebagai negara Amerika Latin pertama berbuat demikian selepas Amerika Syarikat melakukan pemindahan kontroversi itu.

Pemindahan dari Tel Aviv, yang akan mendapat tentangan rakyat Palestin dan kebanyakan negara di seluruh dunia itu merupakan pengumuman kontroversi terbaharu oleh bekas pemimpin tentera, yang tidak memuang masa untuk melaksanakan agenda konservatifnya sejak memenangi pilihan raya pada Ahad.

“Sebagamana yang dinyatakan pada kempen sebelum ini, kami mahu pindahkan Kedutaan Brazil dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Israel adalah negara berdaulat dan kita akan menghormatinya,” kata Bolsonaro menerusi Twitter.

Dia juga membuat perubahan dalaman dengan menamakan hakim yang telah menggembirakan politik Brazil dengan penyiasatan rasuah besar-besaran, Sergio Moro, menjadi menteri undang-undangnya.

Moro dianggap wira oleh kebanyakan warga Brazil kerana penyiasatan yang mendedahkan rampasan berskala besar dalam syarikat minyak negara itu Petrobras.

Namun bagi pembangkang, langkah untuk membuat pertuduhan itu hanya bermotif politik—terutama terhadap bekas presidennya Luiz Inacio Lula da Silva, yang mana undiannya menunjukkan sudah menewaskan Bolsonaro pada pilihan raya itu sekiranya beliau tidak dipenjara selama 12 tahun atas tuduhan rasuah. – AFP, 2 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen