RUSIA mengenakan sekatan kewangan terhadap ratusan individu dan syarikat Ukraine sebagai tindakan balas tentangan Kiev ke atas Moscow.
Perdana Menteri Dmitry Medvedev menandatangani dokumen yang disiarkan oleh media kerajaan yang menunjukkan seramai kewangan 322 rakyat dan 68 syarikat Ukraine dibekukan.
Antara yang tersenarai termasuk bekas perdana menteri Ukraine Yulia Tymoshenko yang disebut-sebut bakal memenangi pilihan raya presiden pada tahun depan, dan Menteri Dalam Negeri Arsen Avakov.
Menteri pertahanan dan speaker Parlimen turut disenarai bersama beberapa syarikat perlombongan dan kimia.
Moscow berkata kerajaan sedia membatalkan sekatan itu jika Kiev sedia memperbaiki hubungan dengan Rusia.
“Buat masa ini, tiada perubahan,” kata jurucakap pejabat presiden Dmitry Peskov.
Hubungan Rusia dan Ukraine menjadi keruh sejak pemisahan Crimea pada 2014.
Moscow dituduh terlibat dalam konflik pemberontakan di timur Ukraine itu yang menyaksikan kira-kira 10,000 orang terkorban.
Susulan itu Kiev mengehadkan aktiviti perdagangan dengan syarikat Rusia.
Tahun lalu, Ukraine turut menyekat akses laman sosial paling popular di Rusia dan enjin pencarian Yandex. – AFP, 1 November, 2018.
Komen