KUMPULAN hak asasi manusia hari ini berkata polis dan pegawai kerajaan di Korea Utara menggunakan wanita sebagai mangsa, dan mereka terlepas daripada sebarang tindakan.
Perkara itu didedahkan dalam satu laporan luar biasa mengenai penderaan seks di negara terasing itu.
Kumpulan Human Rights Watch (HRW) yang berpangkalan di Amerika Syarikat menemu bual lebih 50 penduduk Korea Utara yang melarikan diri untuk merakamkan butiran mengerikan kes rogol dan penderaan lain dilakukan bukan saja pegawai keselamatan seperti pengawal sempadan, tetapi pegawai awam.
Korea Utara yang dituduh melanggar hak asasi manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), masih mengutamakan lelaki.
Namun majoriti mereka yang berpaling tadah dan menguasai pasaran saham ialah wanita.
Wanita Korea Utara yang ditangkap cuba melarikan diri ke China atau dihantar balik dari negara jiran berdepan hukuman berat termasuk didera, dipenjarakan dan didera secara seksual.
“Setiap malam, wanita dipaksa tinggal bersama pengawal dan dirogol.
“Setiap malam, seorang pengawal penjara akan membuka sel. Saya berdiri tegak, berpura-pura tidak perasan, berharap bukan saya,” kata seorang mangsa berusia 30-an yang pernah ditahan di pusat tahanan sempadan. – AFP, 1 November, 2018.
Komen