PENGUSAHA kereta api nasional Sepanyol, RENFE, mengesahkan hampir 300 perjalanan kereta api jarak sederhana dan jauh dibatalkan pada Rabu akibat mogok, lapor agensi berita China Xinhua.
Sejumlah 295 perjalanan kereta api dibatal susulan mogok dengan 87 perkhidmatan bagi laluan jarak jauh dan 208 laluan jarak sederhana terjejas.
Perkara itu disebabkan oleh tuntutan pekerja untuk bekerja selama 37.5 jam seminggu selain dakwaan bahawa kekurangan petugas menjejaskan perkhidmatan.
Mogok itu, yang bermula pada waktu tengah malam Selasa dan berakhir pukul 11 malam waktu tempatan pada Rabu, berlangsung pada malam cuti hujung minggu “All Saint” di Sepanyol. – Bernama, 31 Oktober, 2018.
Komen