Tentera Indonesia yakin bangkai pesawat Lion Air ditemui


Berpuluh-puluh penyelam menyertai operasi menyelamat bagi mencari mangsa dan bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa pada Isnin. – Gambar EPA, 31 Oktober, 2018.

BANGKAI pesawat Lion Air Indonesia yang terhempas mungkin sudah ditemui, kata komander tentera hari ini, susulan Jakarta mengarahkan pemecatan pengarah teknikal dan kakitangan syarikat penerbangan yang membenarkan pesawat itu berlepas.

Pihak berkuasa berkata mereka yakin teknologi sonar menunjukkan lokasi pesawat Boeing 737-MAX yang terjunam ke dalam laut pada Isnin.

“Kami percaya kami sudah menemui koordinat bangkai JT 610,” kata ketua panglima tentera Hadi Tjahjanto kepada media.

Hasil pencarian itu akan diumumkan 7 malam ini.

Pihak berkuasa sedang mengejar masa untuk mengesan lokasi pesawat itu dipercayai sedalam 30-40m dengan harapan untuk menemui perakam data penerbangan bagi menyiasat kejadian itu.

Berpuluh-puluh penyelam menyertai operasi menyelamat itu dengan 1,000 tenaga pegawai bersama helikopter dan kapal, tetapi pihak berkuasa belum menemui mangsa yang selamat.

Pegawai Boieng dijangka menemui Lion Air hari ini selepas Indonesia mengarahkan siasatan dibuat terhadap pembuat pesawat Amerika Syarikat, 737-MAX itu.

Pesawat yang baru beberapa bulan digunakan itu dalam perjalanan ke Pangkal Pinang ketika ia terhempas di Laut Jawa di pantai utara Indonesia, tidak lama selepas ia diarahkan kembali ke Jakarta. – AFP, 31 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen