SEORANG pengebom bunuh diri meletupkan sebuah bas membawa kakitangan penjara terbesar Afghanistan membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang hari ini, dalam serangan terkini di negara berperang itu.
Lagi lim amangsa cedera dalam letupan di Kabul, di mana jurucakap polis Basir Mujahid berkata letupan itu terkena kenderaan kakitangan penjara Pul-e-Charkhi.
Penyerang terbabit berjalan kaki, kata jurucakap kementerian dalam negeri Najib Danish. Dia menyerang bas berkenaan yang sedang memasuki kawasan timur penjara di tengah Afghanistan.
Tiada yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu, tetapi kumpulan Islamic State group (IS) mendakwa melakukan kebanyakan serangan nekad di Kabul dalam tempoh beberapa bulan ini.
Serangan itu berlaku beberapa hari selepas pengebom nekad meletupkan dirinya di depan pintu masuk Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Afghanistan di Kabul, membunuh seorang mati dan enam cedera. – AFP, 31 Oktober, 2018.
Komen