Ribuan rakyat Brazil bantah kemenangan Presiden Jair Bolsonaro


Rakyat membanjiri jalan raya di Sao Paolo dan bandar lain, membantah kemenangan presiden Brazil yang baharu dipilih, Jair Bolsonaro pada pilihan raya Ahad lepas. – Gambar EPA, 31 Oktober, 2018.

RIBUAN rakyat membanjiri jalan raya di Sao Paolo dan bandar lain, kerana membantah kemenangan presiden Brazil yang baharu dipilih, Jair Bolsonaro pada pilihan raya Ahad lepas.

Bantahan itu dianjurkan sebuah persekutuan pertubuhan sosial dikenali Frente Brasil Popular, termasuk kesatuan buruh dan persatuan pelajar.

Penunjuk perasaan berarak ke bandar Paulista Avenue sambil melaungkan “Bukan Dia”.

“Kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk negara tetapi masih tidak dapat melihat mandatnya yang mempunyai kebaikan,” kata penunjuk perasaan Daniele Mantei.

Bolsonaro menang mudah pada pemilihan presiden itu memandangkan calon pilihan utama Luiz Inácio Lula da Silva dari Parti Pekerja dipenjara atas tuduhan rasuah.

Bolsonaro memenangi 55% undi dalam pilihan raya tersebut dengan menewaskan pencabarnya Fernando Haddad yang mendapat 45% undian. – Bernama, 31 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen