PENGUNDI Amerika Syarikat (AS) dijangka memilih dua wanita Islam menyertai Kongres pada pilihan raya pertengahan minggu depan, menjadikan ia satu pemilihan bersejarah, walaupun ketika retorik antik Islam dan anti pendatang semakin menjadi-jadi pada masa ini.
Ilhan Omar, seorang pelarian Somalia, hampir pasti dipilih ke Dewan Rakyat AS di kawasan pro Demokrat di Minnesota, di mana beliau menjadi calonnya.
Rashida Tlaib, seorang pekerja sosial yang lahir di Detroit daripada ibu bapa pendatang dari Palestin, akan memenangi tempat di Dewan mewakili daerah itu di mana beliau bertanding tanpa lawan.
Kedua-duanya akan menjadi wanita Islam pertama berkhidmat dalam Kongres AS. Mereka akan menaikkan jumlah Muslim dalam Kongres kepada tiga orang.
Ahli Kongres Andre Carson ialah seorang Amerika Afrika beragama Islam, dijangka akan menang dalam pilihan raya semula di daerah selamatnya, di Indiana. – AFP, 31 Oktober, 2018.
Komen