PAS, Umno berdemo bantah pengesahan perjanjian ICERD


Nabihah Hamid

LEBIH 100 orang di luar bangunan Parlimen hari ini membantah tindakan kerajaan mengesahkan perjanjian Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kumpulan NGO itu yang diketuai pemimpin PAS dan Umno membantah pengesahan tersebut yang didakwa menggugat keistimewaan Raja-raja Melayu dan hak bumiputera serta agama Islam.

Perhimpunan bermula sejak jam 11.30 pagi itu juga disertai pemimpin NGO Muafakat, Isma, Gamis, PPIM dan Perkid.

“Jangan cuba usik perkara berkaitan umat Islam dan Melayu. Jangan cuba pinda perlembagaan 153 yang boleh menggugat raja-raja Melayu.

“Jangan bermain dengan api,” kata Presiden Pertubuhan Generasi Kebangsaan Warisan (Generasi) Roslan Md Isa dalam ucapannya di perhimpunan yang dikawal kira-kira 50 anggota polis.

Putrajaya awal minggu ini mengumumkan untuk mengesahkan perjanjian ICERD serta lima lagi perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun depan. – 31 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen