Pertempuran sengit tercetus di Idlib, 13 terbunuh 


Penduduk Idlib melihat runtuhan bangunan akibat serangan bom dalam pertempuran yang tercetus di wilayah itu sejak Isnin lalu.– Gambar EPA, 31 Oktober, 2018

PERTEMPURAN sengit berlaku antara pemberontak dan kumpulan pejuang di kawasan Idlib di Syria, kata pemantau pada Selasa.

“Pertempuran berlaku sejak Isnin lalu, menyebabkan 13 orang terkorban dalam tepoh 24 jam,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. 

Tujuh daripada mereka yang terkorban adalah dari Hayat Tahrir al-Sham (HTS), yang merupakan pecahan yang diterajui bekas pejuang Al-Qaeda yang mengawal sebahagian besar kawasan di Idlib, menurut pemerhati yang berpangkalan di Britain itu. 

Rejum sekut Rusia dan penyokong pemberontak Turki pada September bersetuju untuk menetapkan zon penampan di kawasan kubu kuat terakhir ppembangkang di Idlib bagi mengelakkan serangan rejim Syria. 

Pertempuran terbaharu tercetus antara pejuang dan pemberontak yang disokong Turki itu berlaku di zon “bebas tentera” di wilayah Aleppo. 

Ketua pemerhati Rami Abdel Rahman berkata, pejuang terbabit kini sedang “mara”. 

Berlaku beberapa kali serangan di kawasan berkenaan melibatkan pejuang, kumpulan pemberontak dan tentera kerajaan sejak Moscow dan Ankara bersetuju dalam perjanjian untuk Idlib. 

Tetapi kedua-dua kuasa besar itu berniat untuk berpegang teguh dengan rundingan bagi menamatkan perang tujuh tahun di Syria.

Kumpulan pemberontak memenuhi syarat tepat pada masanya iaitu pada tarikh akhir 10 Oktober untuk mengeluarkan senjata berat daripada zon penampan, menurut pihak berkuasa Turki. 

Namun setakat in pasukan pejuang tidak mengendahkan permintaan untuk mereka berundur dari kawasan itu dan berikrar untuk meneruskan pertempuran. 

Lebih 360,000 orang terbunuh dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggap sejak peperangan di Syria tercetus pada 2011. – AFP, 31 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen