China longgar larangan guna produk berasaskan tulang harimau, badak sumbu


Kerajaan China kini membenarkan penggunaan tulang harimau untuk tujuan kajian saintifik, relik kebudayaan dan kajian perubatan. – Gambar fail EPA, 30 Oktober, 2018.

CHINA mempertahankan keputusan untuk melonggarkan larangan perdagangan rangka harimau dan tanduk badak sumbur selepas kumpulan perlindungan haiwan memberi amaran tindakan kerajaan itu akan mengancam kepupusan spesies tersebut.

Majlis Negara China semalam mengumumkan kerajaan membenarkan penjualan produk harimau dan badak sumber itu dalam situasi tertentu termasuk untuk tujuan kajian saintifik, relik kebudayaan dan tujuan kajian perubatan.

Hanya hospital yang diiktiraf oleh Pentabdiran Perubatan Tradisional Cina akan dibenarkan untuk menggunakan produk berasaskan haiwan itu.

Jabatan warisan kebudayaan dan pelancongan juga perlu meluluskan sebarang produk kedua-dua haiwan itu yang digunakan untuk tujuan kebudayaan.

Larangan berusia 23 tahun itu yang dikuatkuasakan sejak 1993, tidak membenarkan penggunaan tulang harimau dan tanduk badak sumbu untuk tujuan kajian saintifik, pendidikan dan perubatan.

Namun China memperbaiki penguatkuasaan undang-undang berkaitan hal itu dan meningkatkan usaha menangani perdagangan haram hidupan liar.

Bagaimanapun aktivis perlindungan haiwan bimbang peraturan baharu itu hanya meningkatkan perdagangan haram dan meletakkan spesies itu berisiko diburu oleh pemburu haram. – AFP, 30 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen