Tentera gempur militan serang kafe di Burkina Faso


Burkina Faso, negara kecil miskin bersempadan Mali dan Niger seringkali diserang militan Islam sejak beberapa tahun lepas. – Gambar AFP, 14 Ogos, 2017.

TENTERA melancarkan operasi menentang suspek militan di Burkina Faso semalam selepas beberapa orang lelaki bersenjata menyerang sebuah kafe di Ouagadougou, lapor seorang wartawan AFP.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang warga asing cedera dalam serangan itu.

Saksi mengatakan tiga lelaki bersenjata tiba sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan yang duduk di luar kafe itu.

Polis dan tentera dikejarkan ke tempat kejadian tidak lama kemudian dan tembakan kedengaran sehingga lewat malam, kata wartawan itu lagi.

Burkina Faso, sebuah negara kecil miskin yang bersempadan dengan Mali dan Niger seringkali diserang oleh kumpulan militant Islam sejak beberapa tahun lepas.

Serangan terburuk berlaku di Ouagadougou pada Januari 2016 apabila militan menyerang sebuah hotel dan kafe membunuh 30 orang termasuk beberapa rakyat asing. – AFP, 14 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen