KETUA perkhidmatan kereta api Mesir meletakkan jawatan semalam selepas 41 orang terbunuh dalam satu kemalangan kereta api antara terburuk negara itu, kata pejabat perdana menteri.
Kenyataan dikeluarkan Menteri Pengangkutan Hisham Arafat mengesahkan perletakan jawatan Medhat Shousha.
Arafat juga mengesahkan “siasatan sedang dilakukan bagi menentukan punca pertembungan kereta api itu,”.
Kemalangan terbaru melibatkan pertembungan dua buah kereta api itu di landasan Cairo-Alexandria berlaku Jumaat lepas, menyebabkan kematian 41 orang dan mencederakan ramai yang lain.
Ia adalah kemalangan terburuk di negara itu selepas kejadian sebuah kereta api merempuh sebuah bas sekolah membawa kanak-kanak pada November 2012 yang membunuh 47 orang.
Susulan kemalangan itu, pendakwaraya mengarahkan penahanan empat orang termasuk pemandu salah sebuah kereta api itu, menurut kenyataan itu lagi.
Pihak pendakwaraya juga memanggil 10 pegawai lain untuk soal siasat berhubung kemalangan itu. – AFP, 14 Ogos, 2017.
Komen