BERSIH 2.0 terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim atas dakwaan badan itu pilihan raya kecil (PRK).
Pengarah Eksekutif Yap Swee Seng mengalu-alukan peluang untuk berbincang dengan Anwar berhubung senarai pelanggaran peraturan pilihan raya yang dikumpulkan Bersih terhadapnya semasa PRK itu.
“Lebih baik mengadakan dialog dengan Anwar dan berjumpa dengannya secara peribadi. Kami mengalu-alukan beliau untuk mengadakan perbincangan dengan kami,” Yap memberitahu wartawan di Petaling Jaya hari ini.
Beliau berkata Bersih ingin mengumpul lebih banyak maklumat daripada Anwar sebelum memutuskan bagaimana untuk bertindak terhadap isu itu.
“Kita mesti mempunyai perbincangan mengenai apa yang berlaku.”
Yap menambah hasil dialog dengan Anwar akan diumumkan kepada umum sebaik sahaja Bersih jelas mengenai apa yang berlaku semasa PRK PD dan apa tindakan susulan akan diambil.
Anwar, yang memenangi PRK Port Dickson dengan 23,560 undi, menerima kritikan Bersih tetapi menafikan sebarang pelanggaran undang-undang.
Bersih berkata bakal presiden PKR itu mempunyai enam pelanggaran undang-undang pilihan raya, termasuk membuat cadangan tuisyen percuma, mengadakan konsert percuma di bilik operasi, makan malam yang dianjurkan untuknya dan tampil pada acara ketenteraan dengan Menteri Pertahanan Mohammad Sabu. – Bernama, 30 Oktober, 2018.
Komen