GEMPA bumi berkekuatan 6.1 magnitud melanda kawasan berhampiran Waitara di pulau utara New Zealand pada Selasa, demikian menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Agensi berita Xinhua melaporkan gempa berlaku pada 0213 GMT, berpusat pada 39.0541 darjah selatan dan 174.9766 darjah timur, dengan kedalaman 227.28 kilometer. – Bernama, 30 Oktober, 2018.
Komen