PENTAGON akan mengerahkan lebih 5,000 askarnya ke sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, kata seorang jeneral atasan pada Isnin, ketika Presiden Donald Trump memberi amaran kepada ribuan pendatang Amerika Tengah yang ditunggu oleh tentera.
“Menjelang hujung minggu, kami akan mengerahkan lebih 5,200 tentera ke sempadan barat daya,” kata tentera udara Terrence O’Shaughnessy kepada pemberita.
Trump dalam beberapa minggu kebelakangan ini berulang kali mengatakan lebih ramai tentera diperlukan untuk mengetatkan keselamatan di sempadan, dan beliau menjadikan kedatang ribuan pendatang itu sebagai modal politik menjelang pilihan raya kongres pertengahan penggal yang penting bagi memastikan Demokrat mendapat semula kuasa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kira-kira 7,000 orang menyertai kumpulan itu sejak ia mula keluar dari San Pedro Sula, Honduras, pada 13 Oktober.
“Mereka mendapat galakan untuk cuba menyeberangi sempadan kita dengan jurang rangka undang-undang dan dengan harapan mereka akan dibenarkan tinggal,” kata Pesuruhjaya Perlindungan Kastam dan Sempadan AS, Kevin McAleenan.
O’Shaughnessy berkata pengerahan tentera akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada cubaan meneguhkan benteng sempadan dan kawasan sekitarnya, dengan kerja dilakukan batalion kejuruteraan pertempuran dengan pengalaman membina pagar sementara.
Di samping itu, Pentagon menghantar tiga helikopter serta pesawat yang dilengkapi sensor berteknologi tinggi dan keupayaan penglihatan malam.
Ia akan memberi maklumat lebih tepat kepada tentera, katanya.
Unit polis tentera juga sedang dikerahkan.
Walaupun tentera tidak menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang secara langsung dan kononnya berperananan sebagai sokongan, mereka akan tetap dibekalkan dengan senjata, kata pegawai. – AFP, 30 Oktober, 2018.
Komen