Tiga mati selepas kelompok Syiah dan tentera bertembung di Nigeria


Pertembungan antara pihak berkuasa dan kelompok Syiah terus berlarutan di Nigeria. – Gambar AFP, 29 Oktober, 2018.

TIGA pendukung seorang ulama Syiah yang dipenjara terbunuh hujung minggu lalu di ibukota Nigeria, Abuja selepas bertembung dengan tentera, kata jurucakap tentera.

Menurut tentera Nigeria, tentera yang sedang mengangkut senjata dan peluru “diserang” anggota Gerakan Islam Nigeria (IMN) di Jambatan Zuba pada petang Sabtu.

Anggota IMN telah menubuhkan “sekatan jalan haram yang menghalang laluan pengguna jalan raya” dan apabila tentera cuba membersihkan halangan, mereka bertembung dengan “pasukan pembantah” itu, kata James Myam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad.

Tentera melepaskan tembakan ke arah anggota IMN selepas mereka “melontar batu ke arah tentera” dan cuba untuk merampas “peluru dan peluru berpandu yang diiringi tentera”, kata kenyataan itu.

“Malangnya, semasa pertembungan itu tiga anggota mazhab itu terbunuh manakala dua askar lagi mengalami pelbagai kecederaan,” kata Myam.

Bagaimanapun, IMN mempertikaikan dakwaan tersebut, menyifatkan dakwaan itu sebagai “palsu” dan “tidak berasas”. Jurucakap IMN Ibrahim Musa berkata tentera yang mula menyerang perarakan yang damai.

“Kami membantah sekeras-kerasnya dakwaan tentera Nigeria,” katanya. – AFP, 29 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen