Nasib empayar 'King Power' tidak diketahui selepas kematian Vichai


Vichai Srivaddhanaprabha adalah dikenali sebagai seorang peminat Leicester City dan sangat disayangi kelab bola sepak Britain yang dipengerusikan beliau. – Gambar EPA, 29 Oktober, 2018.

KEMATIAN mengejut bos Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha menyebabkan nasib jenama barangan bebas cukai milik empayar perniagaan King Power tergantung.

Ia juga memberikan cabaran kepada pewarisnya untuk mengawal selia masa depan syarikat yang kini dianggap sebagai empayar perniagaan Thailand yang paling menguntungkan di negara itu.

Vichai adalah lelaki kelima terkaya di Thailand . Beliau meninggal dunia dalam kemalangan helikopter selepas menonton perlawanan pasukan kesayangannya Leicester City pada hari Sabtu.

Lebih tiga dekad beliau mengusahakan empayar perniagaan pusat beli-belah yang kini bernilai kira-kira ASD 4.9 bilion, menurut Forbes.

Beliau yang berani memihak kepada golongan elit Thai, membuatkan beliau mendapat peluang masuk ke pintu gerbang kekayaan negara itu .

Ia juga termasuk mempunyai hubungan baik dengan monarki negara itu, dan sebagai penghormatan beliau menamakan syarikatnya dengan nama itu yang kemudian mendapat restu raja Thai.

Seorang penganut Buddha yang taat, beliau yang berusia 60 tahun itu mengetuai perniagaan keluarga. Dan selalu dilihat mengelak daripada media.

“Beliau neutral, beiau tidak pernah merosakkan perniagaan dengan sesiapa pun,” kata sahabat lamanya Thai Anutin Charnvirakul kepada AFP pada hari Isnin. – AFP, 29 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen