Iran meriah sambut jemaah menuju Karbala


Ribuan jemaah berarak menuju ke tengah Iraq untuk merayakan perayaan suci Karbala bagi pengikut mazhab Syiah. – Gambar AFP, 29 Oktober, 2018.

PERJALANAN 15 minit berjalan kaki dari sempadan Iraq di Mehran, sebuah bandar di barat Iran, tiga ulama muda bekerja keras menggilap kasut jemaah.

Di satu sudut lain jalan raya, seorang lagi ulama muda berdiri di atas kerusi sambil memegang al-Quran dan meletakkannya di atas kepala mereka, simbolik bagi memberkati ribuan jamaah yang sedang berarak ke arah tempat suci Imam Hussein di Karbala, di tengah-tengah Iraq.

Tukang jahit juga bekerja keras, menjahit pakaian koyak jamaah secara percuma. Dan jika ada orang yang memerlukan kantung wang, beliau boleh menjahitnya dalam masa beberapa minit.

Para sukarelawan ini telah bersiap di Mehran selama hampir dua minggu, mereka menawarkan perkhidmatan kepada jemaah yang berjalan melalui persimpangan jalan.

Sekitar 1.8 juta warga Iran diberikan visa Iraq untuk menyempurnakan perjalanan ritual ke Karbala untuk perayaan suci Arbaeen tahun ini- ramai jamaah akan melalui kawasan sempadan di Mehran.

Arbaeen, yang diraikan tahun ini jatuh pada tanggal 30 Oktober, menandakan 40 hari selepas kesyahidan Imam Husein, cucu Nabi Muhammad yang enggan menerima kepimpinan Khalifah Yazid yang didakwa sebagai “perampas”. Imam Husein dibunuh bersama pengikutnya di Karbala. – AFP, 29 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen