Ribuan pendatang Honduran rempuh halangan polis Guatemala


Ribuan pendatang Honduran merempuh dan memecahkan pagar di sempadan dan bertempur dengan polis Guatemala. – Gambar EPA, 29 Oktober, 2018.

LEBIH 1,000 pendatang Honduran merempuh halangan pihak polis Guatemala di sempadan Mexico pada Ahad dalam percubaan untuk bergabung dengan kumpulan lebih besar yang menuju ke Amerika Syarikat (AS), kata polis dan kumpulan hak asasi.

Sekumpulan 1,500 migran Honduran ditahan oleh polis dari jambatan antarabangsa yang memisahkan antara bandar Tecun Uman, Guatemala dan Ciudad Hidalgo, Mexico.

Jumlah yang besar itu membolehkan pendatang Honduran menembusinya, tetapi mereka kemudian digagalkan oleh pintu besi yang menghalang mereka memasuki wilayah Mexico, apabila polis Honduran melepaskan gas pemedih mata dalam usaha untuk menghentikan rempuhan itu.

Beberapa orang menunjukkan tanda-tanda terkena gas tetapi tiada yang cedera, kata pihak berkuasa Guatemala.

Ombudsman hak asasi manusia Guatemala, Jordan Rodas, menyeru pihak berkuasa negaranya dalam satu kenyataan agar “melindungi” hak-hak migran Honduras ketika mereka berada di negara ini.

Ribuan pendatang Honduran melarikan diri daripada kemiskinan dan keganasan geng di tanah air mereka.

Sekumpulan besar pendatang yang bergerak dua minggu lalu sedang menuju ke Mexico dan jumlah itu meningkat kepada 7,000 yang kebanyakannya terdiri daripada pendatang Honduran, menurut anggaran PBB.

Para pendatang sedang berjalan menuju ke arah AS walaupun menerima ancaman daripada Presiden Donald Trump yang akan menggunakan tentera untuk menghalang mereka masuk.

Televisyen Mexico menunjukkan pegawai pendatang memberitahu Honduran di belakang pagar besi yang mereka perlu mengikuti “prosedur undang-undang” untuk masuk ke negara itu dengan cara “tenang dan selamat”.

Pihak berkuasa Mexico mengulangi pada Ahad bahawa pendatang Honduran hanya akan dibenarkan masuk sebagai pelarian.

Sekurang-kurangnya 60 pendatang daripada kumpulan yang terkandas di sempadan berjaya masuk. –AFP, 29 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen