MCA undi referendum untuk keahlian BN


Khoo Gek San

Calon presiden Gan Ping Sieu berkata MCA perlu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Barisan Nasional untuk meneruskan survival parti. – Gambar Youtube, 30 Oktober, 2018

PEMILIHAN MCA akan menjadi petunjuk jelas sama ada ahlinya mahu atau enggan untuk terus kekal bersama pakatan Barisan Nasional, kata calon presiden Gan Ping Sieu. 

Gan, yang mengetuai gesan parti untuk berdiri atas kaki sendiri selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 berkata, MCA adalah umpama “wanita tua yang terikat dengan lelaki hodoh”.

Gan bersama calon timbalan Tee Siew Keong, akan menentang timbalan presiden Wee Ka Siong dan pemimpin Perak Ngoo Teck Keong pada pemilihan parti akan datang. 

“Sekiranya ahli mahu membina semula, mereka perlu memilih pasukan Gan dan Tee, dan jika kamu mahu terus bergantung kepada Umno untuk survival, sokong Dr Wee Ka Siong,” kata Gan kepada The Malaysian Insight. 

Selain Wee, semua calon yang bertanding untuk merebut dua jawatan tertinggi itu bukan ahli Parlimen. 

Gan berkata pasukannya akan membuat pembaharuan dan penubuhan semula manakala pasukan Wee-Mah adalah mengenai kebangkitan semula. 

“Jika MCA mahu dibina semula, ia perlu tinggalkan BN. Apabila MCA mendapat 30%-40% undi penyokong, ia tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rakan kongsi politik yang baharu,” kata Gan yang berjanji akan mengadakan referendum mengenai masa depan MCA sekiranya dipilih. 

“Buat masa ini, kita mempunyai rakan kongsi yang baik.”

Selain itu, Gan berkata pimpinan MCA, di bawah presiden Liow Tiong Lai, masih berdiam diri berhubung isu kontroversi dalam pentadbiran BN, dan ini mengecewakan akar umbi.

33,000 perwakilan dari 189 bahagian MCA akan memilih pemimpin pilihan mereka pada pemilihan parti itu yang bermula 3 hingga 4 November. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2018

“Jika MCA kekal dalam BN, ia akan mati,” kata Gan. 

“Hanya dengan meninggalkan BN, MCA boleh tubuhkan parti baharu sendiri.”

Gan sedia maklum dengan pendirian Wee yang hanya “tunggu dan lihat” sama ada untuk kekal atau tinggalkan BN merupakan gejala cara kepimpinannya. 

Susulan keputusan teruk MCA pada Pilihan Raya Umum ke 14, yang mana parti itu hanya mengekalkan satu daripada 39 kerusi Parlimen dan dua daripada 90 kerusi negeri yang ditandingi, ahli parti menjadi keliru dengan hala tuju parti, kata Gan. 

Beliau berkata bahawa MCA semakin puas hati sejak beberapa tahun kebelakangan ini, meninggalkan parti BN Umno untuk membuat keputusan dan memacu hala tuju parti dan negara.

“MCA dalam keadaan sekarang, tiada nilai bag Umno. Sejak sekian lama, BN telah berkisar hanya satu pihak sahaja dan MCA jatuh ke dalam zon selesa.”

“Ia menjadi pasif dan tinggalkan untuk membuat keputusan dalam BN. Parti komponen juga tidak dihormati dalam proses pengambilan keputusan dan mekanisme bermasalah,” kata bekas timbalan menteri.

MCA baharu?

Gan merasakan MCA perlu terus berakar umbi dalam isu-isu Cina tetapi menjadi lebih sederhana, sekular dan pluralistik.

Beliau berkata keputusan Umno untuk meneroka kerjasama politik dengan PAS membuktikan gabungan BN kehilangan nilai terasnya.

“Tetapi apabila Umnno dan PAS bekerjasama, tiada sebab untuk MCA bekerjasama dengan Umno. Ini juga tidak akan diterima oleh parti di Sabah Sarawak. 

“Namun begitu, kami masih tidak faham mengapa Wee sanggup untuk sertai kabinet bayangan BN dan mengapa ia menerima sokongan daripada PAS pada pilihan raya kecil Balakong.”

Walaupun Gan meyedari kekuatan kepimpinan Wee, pemimpin itu tidak boleh membawa parti ke hadapan. 

“Kenyataan Wee sangat baik tetapi masyarakat umum tidak menerimanya kerana integriti peribadinya,” kata Gan. 

Kira-kira 33,000 perwakilan dari 189 bahagian MCA akan memilih pemimpin pilihan mereka pada pemilihan parti itu yang bermula 3 hingga 4 November. – 30 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen