Krisis politik Sri Lanka saksi tiga orang ditembak 


Pihak keselamatan Sri Lanka dilihat mengawal kediaman rasmi perdana menteri. – Gambar AFP, 28 Oktober, 2018.

POLIS Sri Lanka berkata tiga orang cedera hari ini ketika tembakan dilepaskan di Colombo, ekoran krisis perlembagaan yang bermula dengan penyingkiran Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe yang meletuskan tindakan keganasan.

Pengawal peribadi Menteri Petroleum, Arjuna Ranatunga, seorang pengikut setia Wickremesinghe, melepaskan lima tembakan ketika orang ramai yang menyokong tindakan Presiden Sri Lanka mengancam anggota Kabinet itu, kata polis.

Ia adalah laporan pertama keganasan yang serius sejak Presiden Maithripala Sirisena memecat Wickremesinghe pada hari Jumaat dan melantik orang kanannya sebagai perdana menteri yang baru, ia akhirnya mencetuskan kekacauan politik di negara Lautan Hindi itu.

Wickremesinghe enggan mengosongkan kediaman rasmi perdana menteri sejak disingkirkan, beliau mengisytiharkan pemecatannya menyalahi undang-undang dan menuntut sesi darurat parlimen untuk membuktikan beliau masih menguasai majoriti.

Lebih 1,000 penyokong, termasuk rahib-rahib Buddha yang berdoa, berkumpul di luar kediaman perdana menteri itu yang mempunyai reka bentuk zaman kolonial di Colombo di mana Wickremesinghe mengadakan rundingan krisis dengan sekutu-sekutunya.- AFP, 28 Oktober 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen