Lelaki bunuh 11 orang di sinagog didakwa


Serangan dahsyat ke atas sinagog Tree of Life mengakibatkan 11 korban. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2018.

SEORANG lelaki yang disyaki masuk ke sinagog Pittsburgh semasa upacara penamaan bayi menembak 11 orang hari ini didakwa di atas kes pembunuhan.

Ia adalah serangan anti-Semitik terbaru yang paling dahsyat dalam sejarah AS.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Robert Bowers yang berusia 46 tahun dilaporkan berteriak “Semua orang Yahudi mesti mati” ketika suspek menembak orang yang beradal dalam Sinagog Tree of Life ketika perkhidmatan Sabat pada hari Sabtu.

Suspek kemudian berbalas tembakan dengan polis, dalam serangan yang mengakibatkan enam orang lagi cedera.

Suspek ditahan dan dipindahkan ke hospital sebelum dituduh oleh pendakwaraya AS atas pertumpahan darah itu.

11 pertuduhan itu termasuk  menggunakan senjata api bagi melakukan pembunuhan dan 11 tuduhan yang lain menghalang pelaksanaan agama yang mengakibatkan kematian.

Presiden Donald Trump mengecam “perbuatan pembunuhan beramai-ramai,” sementara anak perempuannya, Ivanka, seorang penganut Yahudi, menyatakan: “Amerika lebih kuat daripada perbuatan kejam, jahat dan anti-Semitik.” – AFP, 28 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen