SEORANG warga Palestin meninggal dunia dua hari selepas mengalami luka tembakan dalam pertempuran di sempadan Israel-Gaza, kata kementerian kesihatan semalam.
Kematian itu meningkatkan bilangan korban Palestin kepada tujuh orang akibat pertempuran pada hari Jumaat ketika ribuan warga Palestin mendekati pagar sempadan.
Yahya al-Hassanat, 37, ditembak di kepala berhampiran Al-Bureij di Gaza, kata kementerian itu.
Lima orang Palestin yang lain ditembak mati semasa protes Jumaat lalu, kata kementerian itu, manakala seorang meninggal ketika tidak sengaja melepaskan sebuah bom tangan, menurut saksi.
Sekurang-kurangnya 214 orang Palestin terbunuh akibat tembakan dari pihak Israel sepanjang beberapa bulan protes dan pertempuran di sempadan Gaza.
Seorang askar Israel terbunuh sejak demonstrasi dan pertempuran bermula pada 30 Mac. – AFP, 28 Oktober, 2018.
Komen