Nasib pemilik Leicester City belum terjawab


Anggota keselamatan berkawal di luar Stadium King Power susulan insiden helikopter terhempas di kawasan tersebut. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2018.

NASIB pengerusi kelab Leicester City Vichai Srivaddhanaprabha masih menjadi tanda tanya selepas helikopter milik blionair Thailand itu terhempas sejurus berlepas dari stadium itu.

Tiada pengesahan rasmi sama ada Vichai berada dalam helikopter tersebut yang dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.

Rangkaian televisyen BBC memetik sumber yang rapat dengan keluarga Vichai mengesahkan beliau berada dalam pesawat itu tetapi tiada kenyataan rasmi dari Leicester City atau kerajaan Thailand.

Malah identiti juruterbang atau penumpang helikopter itu tidak didedahkan dan tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Pihak kelab membantu polis dan pekerja kecemasan untuk mengendalikan insiden helikopter terhempas di luar Stadium King Power,” kata kelab itu dalam satu kenyataan. – AFP, 28 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen