Pakistan larang siar rancangan televisyen India


Pada 2017, Mahkamah Tinggi Lahore membatalkan perintah yang sama susulan ketegangan antara Pakistan dan India berhubung isu perebutan wilayah Kashmir. – Gambar fail EPA, 28 Oktober, 2018.

MAHKAMAH Agung Pakistan semalam mengarahkan larangan terhadap syarikat televisyen di negara itu menyiarkan kandungan yang ada kaitan dengan India.

Ketua Hakim Saqib Nisar mengeluarkan perintah itu di Karachi susulan kes yang difailkan oleh persatuan produser tentang penyiaran bahan asing dalam rangkaian televisyen di Pakistan.

Larangan itu meliputi rangkaian televisyen kabel, satelit dan pencawang.

Akhbar Pakistan Dawn melaporkan keputusan hakim itu mungkin dipengaruhi dengan pertikaian pembinaan empangan Diamer-Basha oleh India di utara negara itu yang terletak dalam kawasan perebutan kedua-dua negara.

Pengerusi Pengendali Rangkaian Kabel Pakistan Khalid Arain mengesahkan keputusan mahkamah itu tetapi membantah perintah yang dikeluarkan.

“Larangan ke atas semua kandungan yang ada kaitan dengan India bukan satu penyelesaian berbanding usaha meningkatkan kualiti rancangan televisyen Pakistan,” katanya.

Pada 2017, Mahkamah Tinggi Lahore membatalkan perintah yang sama susulan ketegangan antara Pakistan dan India berhubung isu perebutan wilayah Kashmir. – AFP, 28 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen